Assalamualaikum..w.b.t..salam ukhwah fillah buat semua...
Alhamdulillah, syukur yg tak terhingga buat Yang Maha memberi nikmat kerana keizinan dari-Nya, diri ini berjaya menyiapkan blog yg tak seberapa ini buat tatapan pengunjung..semoga blog ini mampu memberi manfaat buat semua..
"Ya Muqtadir
padaMu kumemohon petunjuk
berikankan aku kekuatan
permudahkan urusanku buat masa kini dan akan datang
andai ia tidak baik untukku, agamaku, dan duniaku
maka, elakkan dariku daripadanya
andai ia ditakdirkan baik buatku
maka, mudahkan laluannya
Ya Allah Yang Maha Mengetahui
Putaran alam mengajar erti hakiki seorang insan
Bangun, jatuh, gagal, cemerlang
Baik, buruk, putih, hitam
Mewarnai kanvas kehidupan
Detik cetusan hati kadangkala menyoroti peristiwa
Namun, siapalah kita untuk melawan taqdirNya
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa
Atas tiap peri yang berlaku
Kalbu gusar tatkala saat genting
Dilema memikirkan antara keperluan kehendak
Kewajiban yang aula’ atau terpaksa dilepaskan
Tuntutan jemaah, keluarga, sahabat
Menjadi dacing dan dadu untukku membuat pilihan
Ya Nur, Ya Baqi’
Curahkan padaku rahmat dan nikmatMu
Limpahkan cahaya taufiq buatku untuk menetapkannya
Berikan hatiku meredhai atas percaturanNya
Bukakanlah pintu kejayaan dan jalan keluar bagiku
Andai dia tercipta buatku, milikku
Perkenankanlah permohonanku..
Ameen..ya rabbal alamin..
No comments:
Post a Comment